Sunday, October 28, 2012

my Evo 10


Saya cuba dapatkan tahun depan!! Kerja kuat!! Kerja kuat!!

Tuesday, December 7, 2010

Hijjrah

Assalamualaikum,

Apakah itu hijjrah??? Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain.

Apakah azam untuk aku pada tahun baru ini..behijjrah dari melaka ke kuala lumpur..apa yg perlu aku ubah lagi?? aku perlu berhijjrah..demi keluarga aku...

aku perlu bekorban apa saja demi diri aku sendiri...aku perlu behijjrah dari pekara2 yg mungkar.. 

SELAMAT MENYAMBUL MAALHIJJRAH.

Friday, December 3, 2010

menjawap je.

  • Selalu pagi bangun pukul berapa?
tengok pada waktu tu..kalau kerja pagi..bgn awal lah..kalau kerja ptg...kol 12 bru bgn.hehe

  • Ramai kwn laki ke perempuan?
.ramai perempuan dari lelaki...ramai gak lelaki dari perempuan..mcm ner tu??hehehe

  • Bila 1st time korang bercinta?
bila yer...lepas SPM...1st love kot..hahahaha..tp putus jua akhirnya

  • Taw msk x? masak ape? (paling superb la yg korang taw masak)
masak air..maggie...roti canai pon leh gak...(leh ke dlm ketegori masak?)

  • Perkara pling lucu pernah berlaku dlm hidup korang.
Rahsia........

  • Perkara plg gile pernah korang buat.
p jumpa someone di kl dgn berbekal kan rm 80 jew...berani mati.

  • Jwtan korang mase sekolah (menengah)
aku AJK dewan makan..aku kuat makan..hehehe..

  • Selalu keluar dgn mmber tak? (Berapa klai sebulan)
aku mmg slalu kuar dgn member..sbb aku duk umah bujang...kuar pon p makan jew..hehehe

  • Dengan kwn2 guna bahasa aku/ sy / nama?
lelaki aku pgl aku kau...perempuan kalau dah lama kenal pon sma...tp yg jarang jumpa..saya awak je lah

  • Dah berpunya ke belom? if da berapa lama kenal si dia?
Sudah...dari lahir dah knl..hehehe

  • Perkara yg korang paling pantang sekali ape? means mmg korang tak suke la.
Sy sgt pantang klao org tuh HIPOKRIT!!!! CAKAP BELAKANG!!!..huh..xjujur... ape punya manusia la...

  • If ada org baru minta no telefon, apa respon korang?
bg je..tu pon no pone yg aku x penah nk tgk..sbb pone tu jdi alarm tok kejut kan aku tdo..hehe

  • Bila ada duit je, korang suke beli ape?
beli seluar dgn baju..kadang2 aku suka beli makan..

  • Nama glamor korang time sekolah.
TED...n sampai skrg org pgl gak

  • Korang selalu habis kan kredit (sms/call) kat sape?
slalu abis kt kawan2...kt si dia pon ada...tp lebih abis kt on9..hehehehe

  • Sudah tercapai ke hajat korang? cite kan la hajat ape?
belom

  • Ape yg korang plg gile geli la...
xder kot....semua ok

  • Pernah accident, injured teruk tak??
pernah..selalu..tp x injured...yg teruk kete jew.

  • Perkara yg plgmenarik minat korang? Sampai lupa katgf/bf/ wife/ husben sendiri.
pekara plg menarik kt dia..dia berterus terang...ikhlas

  • Perkara terakhir sekali yg korang nak buat kat dunia ni.
ak nk lihat ayah dan ibu idup dlm keadaan senang..aku x sanggup lihat mereka susah..ibu..ayah..abg syg kat ibu ayah..  :'(



credit to ullyana89.

.::.Hari ini Membosan kan.::.


Salam..hari nie aku off...kejap2 aku tdo..bgn..tdo..lepas tu tgk keadaan umah ni..halamak....baru lepas kena serang jepun kew umh nie..so..dgn gaya arnab jantan..aku segera mengemas rumah...letih juga lak kerana permukaan dan keluasan rumah tu terlalu besar..mihahahaha...plg best skali basuh baju..mmg lenguh tngan aku..ape2 pon..semua dah settle..aku nk tdo semula...selamat ptg..hehehe

Tanda 100 hari sebelum mati

TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

Dengar lah wahai Hawa

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.